This is a big question to answer as it can range from “I
don’t know” to a very specific, 5 inches thick “to do list” folder, or a vague
one word philosophical answer such as “happiness” or a Zen-like phrase of “I’ll
go with the flow”. The answer also depends on the person who is answering – “I
don’t know” could be coming from an introvert person who is not comfortable sharing,
a teenager who is still searching or someone who have never really thought of
the question before. It also depends on the context being discuss – are we talking
about my big dreams or immediate goals for implementation.
When I googled this question I got a number with six zeroes
at the back, too many to read and to analyze …
So many recommendations, which one do I follow – be specific,
philosophical or be Zen? How do I find the answer that is authentic and true
for me?
For me personally, I always know what I want even when I was
younger – I have my big dreams and I have my smaller yearly plan. I find that
it help drives me to achieve it and it also allow me to live my life in
a more colorful way. There are some dreams that fall off the radar – maybe
because it is unrealistic to begin with or just a fad that I am following.
There are some that I have to consciously let go due to priority conflict with
another. There are also some that taught me painful lesson and makes me wiser. There are some that I am still struggling with. I really believed that we have to know and ask for what we want and then pray
for it. If we got it, thank God for it, if we didn’t thank God anyway, as He may
have other plan in store for us. At least we have asked…
Apa yang aku mahu?
Ini adalah soalan cepumas untuk dijawab kerana julat
jawapannya luas dari "Aku tidak tahu", sehingga jawapan yang sangat
khusus, dimana ia tertulis didalam buku nota setebal lima inci yang berisi penuh
dengan "senarai untuk dibuat", atau jawapan yang penuh falsafah tetapi cuma satu perkataan yang agak samar maknanya seperti
"kebahagiaan", atau jawapan
yang bercirikan Zen – seperti frasa "Berserah, saya menerima apa yang ditakdirkan".
Jawapannya juga bergantung
pada orang yang akan menjawabnya. Sebagai contoh, "Aku tidak tahu" mungkin datang dari seorang introvert yang tidak
gemar berkongsi isihatinya atau seorang remaja yang masih mencari halatuju hidup mereka atau
mungkin dari seseorang yang benar-benar tidak pernah memikirkan soalan ini. Ia
juga bergantung pada konteks yang di perbincangkan – apakah fokusnya impian yang
unggul atau pelan pelaksanaan matlamat
yang terdekat.
Apabila saya men’google’ solalan ini saya mendapat begitu
banyak jawapan dengan angka yang mempunyai lebih enam kosong di hujungya. Terlalu banyak untuk di baca dan dikaji….
Banyaknya cadangan, yang manakah patut aku ikuti –
yang khusus, berfalsafah atau Zen? Bagaimana aku menemukan jawapan yang sahih
dan benar untuk diriku sendiri?
Ini tidak menjadi masalah kepadaku kerana aku memang telah mengetahui apa yang
aku mahu walaupun ketika aku masih remaja - Aku mempunyai satu impian yang sangat besar dan aku juga menpunyai rencana kecil bagi setiap tahun. Aku rasa cara ini membantu aku untuk mencapai segala impianku dan
membuat hidupku lebih bermakna. Ada juga sesetengah impianku yang terkeluar dari fokus
dan tinggal menjadi angan-angan semata - mungkin kerana dari mula ia tidak
realistik atau mungkin kerana aku hanya mengikuti apa yang menjadi trend waktu
itu. Ada juga beberapa impian yang aku lepaskan dengan rela hati kerana ia
bercanggah dengan keutamaan yang lain. Ada juga beberapa impian yang mengajar aku
dan menjadikan aku lebih matang. Ada juga yang masih belum aku capai walaupun telah berkali-kali berusaha. Aku benar-benar percaya bahwa kita harus tahu dan
sentiasa meminta dan berusaha untuk apa yang kita inginkan sambil bertawakal
dan berdoa agar ianya dipermudahkan. Jika dapat, kita bersyukur Allah mengabulkan
permintaan kita, jika tidak, kita juga bersyukur kerana Allah mungkin mempunyai rencana yang lain untuk
kita. Setidak-tidaknya kita telah meminta
dan berusaha...
No comments:
Post a Comment