Profile


MY Tango Cafe is a combination of special events encouraging community activity both online and in the real world. It was created based on two main themes - relationship and mastery of knowledge. Tango was selected as the dance history and essence embodied both concepts -providing intricate movement deftly executed between the partners, the joy of living in the moment and passion, beautifully. 

My Tango Cafe adalah sebuah cafe dimana masyarakat boleh bekumpul secara online atau bersemuka. Ia diwujudkan atas dua tema utama - hubungan silaturrahim dan penguasaan ilmu. Tango dipilih berdasarkan  sejarah dan intipati tarian itu sendiri - menampilkan pergerakan yang rumit secara berpasangan dengan anggun, menghidupkan saat tersebut dengan penuh semangat dan kesungguhan lantas melahirkan satu keindahan.

MY Tango Cafe hope to inspire individual to live their live fully  - pursue their passion, connected to themselves and to others, flowing smoothly from one moment to the next, and experiencing it all, both pain and glory - and grow physically, emotionally and spiritually...

MY Tango Cafe berharap agar ia dapat mencetus masyarakatnya untuk hidup dengan penuh bermakna - bersungguh-sungguh mengejar impian mereka, mengenali mesra diri sendiri dan orang lain, lancar menempuhi segala pengalaman, samada yang pedih atau menggembirakan, dan terus mekar dari segi  fizikal, emosi dan rohani...

Chuck Fishman once said:
"We enter this world alone. We leave it pretty much the same way. And in-between, a dance we call life. Problem is it takes two to Tango. So we look for signs; something to help us to find our perfect partners. A smile, a wave. But we have to be careful; because while some signs can be misinterpreted, others can be missed completely... Some dances you sit out. Others you change partners. The important thing is... you never stop dancing"
"Kita lahir ke dunia ini berseorangan. Kita meninggalkan dunia ini juga berseorangan. Diantara dua detik tersebut ada satu tarian (Tango) yang dipanggil kehidupan. Masalahnya untuk ber"Tango", kita memerlukan pasangan atau teman. Oleh itu kita sentiasa mencari tanda dan petunjuk; untuk menemui pasangan atau teman yang sejati. Mungkin petunjuk itu satu senyuman atau satu lambaian. Tetapi, kita perlu sentiasa berhati-hati; kerana ada kemungkinan tanda dan petunjuk itu disalah tafsir, atau terlepas pandang sama sekali... Ada masa kita mungkin duduk berehat dan tidak menari. Ada masa kita bertukar teman atau pasangan. Yang penting nya ialah ... kita tidak berhenti menari tarian kehidupan ini."


"Mungkin rahsia kehidupan bukanlah mempunyai kesemua jawapan 
tetapi adalah di dalam mengejar jawapan kepada soalan yang tidak dapat dijawab 
bersama teman yang baik."

2 comments:

  1. kenapa Tango digunakan sebgai rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Q. Why is Tango used as referral?

      A. One of the reasons Tango was chosen was I was inspired by its history. I’ll summarised from my perspectives. (If there are Tango expert who want to contribute out there, feel free to chip in.) – Tango was born as a coping mechanism of the poor, uneducated, underprivileged immigrants living in the tenement of Argentina. Their lived was hard and they had little chance of creating a family for themselves since there were simply not enough women for all the men. Tango allowed them to have a moment of joy in their hard, lonely life.
      They said that the Tango emerged as a result of the blending of music and dance styles from the immigrant home countries and people already living in Argentina, thus uniting people from different cultures. The men practiced together so that they can give the woman her best dancing experience in the hope that they will be selected as their partner for life. Gradually, Tango influence spread to the rest of the world where it took Paris by storm in 1912. From the unpretentious beginning as a stress reliever for hopeless migrants, Tango progress to capture the elite society in Argentina and subsequently the whole world.
      Another reason is similarity – Tango movement is not choreographed but depends on the communication between partners and their skill. This is similar to our philosophy where we are not dictating the event outcome. It depends on what is being collectively shared between all the participants.
      The last reason a bit more personal - I love dancing and I find that Tango is the most difficult dance to learn. So, for me Tango also symbolizes mastery.
      In a nutshell, to me Tango represents mastery, connection, self-improvement and the spirit of rising above all adversary.

      S. Kenapa Tango digunakan sebagai rujukan?

      J. Saya memilih Tango sebagai nama kafe ini berlatarkan asal-usul pertumbuhannya yang penuh inspirasi dan fokusnya terhadap hubungan diantara penarinya. Saya cuba memberi sedikit latarbelakang Tango dari pemahaman saya. (Saya amat teruja sekiranya ada pakar Tango diluar sana yang ingin berkongsi pendapat mereka mengenai hal ini.)
      Sejarah Tango menceritakan bagaimana ia diilhamkan oleh kumpulan pendatang yang tinggal di kediaman setinggan di Argentina yang miskin dan tidak berpelajaran. Hidup mereka susah. Bilangan wanita yang ada terlalu kecil, menyebabkan mereka merasa sukar untuk mencari pasangan bagi mewujudkan keluarga. Tango membenarkan mereka untuk bergembira buat seketika di dalam kehidupan mereka yang sentiasa susah dan penuh kesunyian.
      Sejarah mengatakan bahawa Tango wujud melalui pengadunan muzik dan gaya tarian dari negara asal pendatang ini dan penduduk tetap Argentina. Ia adalah simbol penyatuan budaya yang berbeza. Semasa latihan lelaki berlatih bersama pasangan lelaki dengan harapan mereka boleh memberikan pengalaman menari yang terbaik kepada pasangan wanita agar mereka akan terpilih sebagai pasangan hidupnya.
      Sedikit demi sedikit, Tango berkembang ke seluruh dunia sehingga ia menjadi kegilaan di Paris pada tahun 1912. Dari permulaan yang bersahaja sebagai penghapus tekanan untuk pendatang miskin yang tiada harapan, kejayaan pertumbuhan Tango menangkap minat golongan elit di Argentina dan seterusnya seluruh dunia amat memberangsangkan.
      Tiada koreografi dalam Tango, kesemuanya bergantung kepada komunikasi dan kemahiran pasangan yang menari. Ini ada persamaan dengan falsafah kami di mana hasil setiap perjumpaan itu bergantung secara keseluruhannya kepada apa yang akan dikongsi oleh kesemua peserta.
      Sebab ketiga adalah lebih istimewa buat saya - Saya suka menari dan saya mendapati bahawa Tango adalah tarian yang paling sukar untuk dipelajari. Bagi saya Tango melambangkan penguasaan sesuatu ilmu.
      Kesimpulannya bagi saya, Tango adalah simbol penguasaan ilmu, merapatkan silaturrahim, majudiri dan semangat untuk terus berjuang walau apa pun yang menghalang.

      Delete