Tuesday, 21 January 2014

My Values - the Choreographer / Nilai-Nilai Ku – Seorang Koreografer

    
My Values  - the Choreographer


Many years back, in my quest to finding out why am I here in this world, I remember sitting together with a wise lady that has since pass on, drawing and doodling, (I am a visual thinker),  what I like to be and we ended up with – “Ambassador for Love and Peace”. I know… I know it sound corny, but that what it was. This is not about the fairy tale version, where “they lived happily ever after” but in the real world where we can have our differences and still appreciate and value each other and where this world is a “safer” place because everyone is born “good” and would choose to do good if they are given options. Little did I knew, that at that time, we were talking about my values – Universalism, Benevolence and Security.

Two years ago, while starting to work on my thesis and researching for a good topic, I found out about my other values – Stimulation and Self-Direction. Well, that answered the question that my mother has been asking me ever since I can remember – when will I be satisfied and will stop searching?  I've know that I am curious but I never realized how strongly I am motivated by curiosity. I am just interested to learn about anything and everything and will keep looking and exploring, I guess until the day “I kicked the bucket.” I didn’t conform to what society expected me to be. I may not used some of the thing that I learned I at all, I am just satisfying my curiosity.

I believed some of those who knew me when I was in my twenties, would have predicted that I end-up far more successful and far richer than I am now. I questioned it myself about that too – what happened, am I not living to my potential or did I sabotaged my own chances or what?  Questioned like that does no good to my self-esteem and make me feel that I am not good enough until I accepted that power, achievement, conformity and hedonism does not rank very high in my list of values that's why even though I may earned quite a decent package, a big portion of it would have been spent on satisfying my curiosity. Now, I am content with my life because I understood who am I and  where I am coming from.

Many a times I chose Stimulation and Self-Direction over Achievement and Power values. I chose to study computer science just so that I can experience living in America knowing that mathematics was not my strongest subject. I left a job that would have given me financial security for life as soon as I could, so that I can explore the world. I chose to join a company that offer me lower pay so that I can be at the frontier of technology. I risked my marriage to pursue the excitement of working and learning about culture in Europe.  I quit my high paying technology job to complete my study in master counseling and which caused some friends to label my decision as a “career suicide”.

All the above make me sound so selfish doesn’t it? Maybe I am selfish enough to be true to myself. I am blessed to have Security on my high value list because it becomes the balancing factor when I evaluate my risk before making any decision. On the other hand, when I was given a chance for a permanent position with option for PR status in Holland I turned it down because the people I love – my family is in Malaysia. I cannot completely leave them and migrate. I needed to have my roots firmly planted (my security) to continue to explore and learn. Here my Universalism and Benevolence values superseded my motivation to explore.




I was a wrecked whenever I was in a job job with a lot responsibilities – my stress level was so high that there are times when I felt like I could be getting a heart attack at any time. Having to deliver a project where I know team will not be happy due to insufficient budget and tight dateline. All of  which was out of my control. Wait, on hind sight, maybe I contributed something here – I thrived on challenges so I can live with that decision but what I fail to consider was other people’s values and how it impacted them. Knowing that my team was unhappy impacted me even more since this scenario clearly became the battlefield for all my conflicting values and knowing that I failed to meet my Universalism and Benevolence.

All the above samples are considered big decision. But values affect the little decision too. One of my biggest caused for argument between me and husband during the early days of our marriage was him being late. I was not mad at him per se, I was wondering whether he was in trouble – not knowing that he is secure creates anxiety for me. My internal values conflict created anxiety and that caused me to get very emotional and motivate me to protect myself by withdrawing or fighting. Coupled that to my own low self-esteem issue, I am ready a war. Now he is still late but we don’t go to war anymore because I know myself better and can better manage my emotion and anxieties, I have a higher self-esteem, and I have learned to accept and appreciate our differences and I hope he does too.




Looking back, it seems like what I want will always be driven by Stimulation and Self-Direction and my answer to Peter Drucker’s question is “I want to be remembered as someone who promotes Love and Peace”. Being true to myself, I’ll continue with my next searching question will be “HOW?”




Nilai-Nilai Ku – Seorang Koreografer

     Kita jarang sekali mendengar muzik yang datang dari dalam diri kita, walaubagaimanapun kita tetap menari 
     kepadanya - Rumi
     http://www.theosophy-nw.org/theosnw/view/1s4.jpg


Hajatnya hari ini aku ingin menulis tentang sistem kepercayaan. Kemudian aku menyedari bahawa di dalam entri yang lepas, aku cuma menggunakan nilai-nilai hidupku hanya sebagai contoh dan tidak berkongsi dengan anda bagaimanakah senarai keutamaan nilai-nilai itu disusun. Memandangkan aku juga dalam perjalanan mencari kesempurnaan hidup yang sama seperti anda – aku akan berkongsi senarai keutamaan nilaiku hari ini. Mengimbau kembali satu ketika dahulu, dalam usahaku mencari makna kehidupan ini, aku duduk bersama seorang wanita yang sangat arif, namun kini dia telah pun meninggalkan dunia, didalam satu sesi menconteng dan melukis (aku memerlukan mod visual untuk berfikir) untuk meneroka apa yang aku idamkan. Kami berakhir dengan tagline - "Duta Cinta dan Keamanan" sebagai visi hidupku. Saya tahu... bunyinya agak romantis tetapi itulah hakikatnya. Ini bukan versi kisah dongeng, di mana "mereka akan hidup bahagia selama-lamanya" tetapi versi dunia yang hakiki di mana semua manusia mempunyai kelainan dari segi nilai kehidupan tetapi jika kita menghargai nilai kehidupan orang lain, dunia ini akan menjadi "lebih bahagia". Aku percaya semua ciptaan tuhan itu dilahirkan "sempurna" dan akan memilih untuk berbuat baik jika mereka diberi pilihan. Tanpa ku sedari dan secara tidak lansung aku telah pun  menulis tentang nilai kehidupanku - Universalisma, Ihsan dan Kesejahteraan.

Dua tahun lepas, ketika aku sedang membuat penyelidikan untuk mencari topik yang sesuai untuk tesis program sarjanaku, aku mempelajari bahawa aku di dorongi oleh rasa ingin tahu yang amat tinggi – jadi tidak hairanlah sekiranya nilai kehidupan utama buatku ialah - Rangsangan dan Halatuju Diri. Nah, akhirnya aku mendapat jawapan kepada soalan kegemaran ibu buatku sejak zaman azali lagi, “Bilakah engkau akan berpuas hati, apa yang engkau cari dan bila engkau akan berhenti mencari?”. Sebelum ini aku tidak pernah menyedari betapa hidupku dipacu oleh rasa ingin tahu. Ini menjadikan aku seorang yang “kay poh” kerana sentiasa ingin mengetahui, mempelajari, mencari, meneroka dan merasa segala ciptaan tuhan yang ada dibumi ini sehingga akhir hayatku. Aku tidak mematuhi jangkaan masyarakat, menyebabkan sukar untuk orang lain memahami diriku.

Mungkin orang yang mengenaliku ketika umurku dalam linkungan duapuluhan meramalkan bahawa aku akan menjadi jauh lebih berjaya dan kaya dengan rumah besar dan kereta mewah. Ada juga suara yang tidak enak bunyinya seperti, “tak habis-habis belajar – bila nak dipraktiskan?”. Ini menyebabkan aku mempersoalkan diriku sendiri – “apa yang telah berlaku, adakah aku tidak mencapai potensi aku sendiri dan mungkinkah aku mensabotaj peluang aku sendiri?”. Soalan sebegini, jika diambil dari sudut negatif, boleh mengurangkan keyakinan diri. Jadi gunakan ia untuk mengaudit dan mengenali diri sendiri dalam suasana yang bersesuaian. Aku sedar semua itu boleh aku miliki apa yang aku mahu sekiranya aku betul-betul menginginkannya kerana aku telah pun memiliki rumah ku sendiri, pengalaman bekerja diluar negeri dan mengerjakan haji. Masalah dengan rasa ingin tahu yang tinggi ini, kadang-kadang ia menganggu fokusku dan sukar untuk memutuskan apa yang aku mahukan. Kesukaran ku untuk memfokus kepada satu perkara pada satu masa yang menyebabkan aku kadang-kadang leka. Aku juga menyedari bahawa kuasa, pencapaian, pematuhan dan hedonisme tidak berapa tinggi nilainya buatku. Ia cuma penting bagi egoku. Sekarang aku boleh mengatakan bahawa aku berpuashati dengan kehidupanku dan aku amat mengenali dan memahami siapa diriku...

Ketika membuat keputusan aku lebih banyak membuat pilihan berdasarkan nilai Rangsangan dan Halatuju dari Pencapaian dan Kuasa. Aku memilih untuk belajar sains komputer supaya aku dapat mengembara ke Amerika walaupun aku mengetahui yang aku akan melalui kesusahan kerana matematik bukan pelajaran terbaikku. Aku meninggalkan pekerjaan yang memberikan jaminan kewangan yang mantap agar aku dapat meneroka dunia korporat yang lain. Aku memilih untuk menyertai sebuah syarikat yang menawarkan gaji yang lebih rendah agar aku dapat berada di sempadan teknologi terkini. Aku mempertaruhkan perkahwinanku untuk mengejar peluang bekerja di Eropah. Aku  sanggup berhenti dari pekerjaan tetap dan bergaji lumayan dalam bidang teknologi agar aku dapat meneruskan pengajian diperingkat sarjana dalam bidang kaunseling  dimana ada segelintir rakan-rakanku melabelkan keputusan ini sebagai "pembunuhan kerjaya".

Apabila melihat senarai di atas, boleh disimpulkan yang aku ini amat mementingkan diri sendirikan? Memang benar,  aku mementingkan diriku sendiri agar aku sentisa telus kepada diriku sendiri. Aku bernasib baik kerana aku juga mempunyai nilai Kesejahteraan sebagai pengimbang segala keputusan yang berisiko agar ia tidak menyusahkan orang lain. Jika benar aku hanya mementingkan diriku, kenapa aku menolak peluang pekerjaan dengan pilihan untuk status permastautin di Belanda? Jawapanya hanya satu - orang-orang yang aku sayangi, keluargaku berada di Malaysia. Aku tidak boleh meninggalkan mereka sepenuhnya untuk berhijrah bersendirian. Aku memerlukan akar yang teguh ditanam (nilai Kesejahteraan) untuk terus belajar dan meneroka. Di sini nilai Universalisma, Ihsan dan Kesejahteraan mengatasi motivasiku untuk lebih ingin tahu…

      Disokong oleh kemantapan akar, aku mencapai bintang

Walaupun gajinya lumayan, ketika aku bekerja dahulu, aku merasa lesu dan lusuh seperti mayat bernyawa - tahap tekananku begitu tinggi sehingga ada kalanya aku merasa yang aku boleh mendapat serangan jantung pada bila-bila masa. Aku dikehendaki menyempurnakan satu projek di mana aku tahu pasukan petugasnya akan menghadapi tekananan yang tinggi kerana bajet dan tarikh siapkan kerja yang singkat, di luar kawalanku. Cop, cop…tunggu sekejap…. apabila dianalisa kembali, mungkin benar yang aku juga adalah salah satu penyumbang kepada masalah itu - aku menggemari cabaran jadi keputusan itu selari the nilai-nilaiku, tetapi aku terlupa dan tidak mengambil-kira nilai utama orang lain dan kesan percanggahan itu kepada mereka. Mengetahui bahawa aku gagal dalam mempertahankan pasukan ku membuat aku merasa lebih tertekan kerana senario ini jelas menjadi medan perang dikepalaku sendiri di mana nilai-nilai kehidupan ku – Universalisma / Kemuliaan dan Halatuju Diri/Rangsangan berantakan sesama sendiri.

Mungkin anda mengatakan kesemua contoh diatas hanya merangkumi keputusan yang dianggap besar dalam hidup kita. Tetapi konflik diantara nilai ini juga memberi kesan kepada perkara yang remeh. Contohnya dalam pergaduhan diantara aku dan suami diperingkat awal perkahwinan kami mengenai kelewatannya. Sebenarnya saya bukan “marah” kerana dia terlewat. Nilai kesejahteraanku menyebabkan aku bimbang tentang keselamatannya dan tertanya-tanya sama ada dia dalam kesusahan. Aku berkecil hati dengannya kerana bagiku dia tidak mengambilkira nilai universalisma dan kesejahteraanku. Konflik diantara nilai-nilaiku mencetus kebimbangan dalam diriku dan menyebabkan aku dikuasai emosi yang memaksa aku menjaga keselamatanku samada dengan berundur dan berdiam diri atau menyerang. Berbeza dengan keadaan sekarang – dia masih lewat macam dulu tetapi kami tidak lagi bergaduh macam dulu lagi kerana aku lebih mengenali diriku sendiri, lebih pandai menguruskan emosi dan perasaan bimbangku. Aku juga lebih yakin akan diriku sendiri dan aku juga telah belajar untuk menerima dan menghargai perbezaan nilai-nilai diantara kami berdua. Mudah-mudahan dia pun begitu juga…

Kemudian pada satu hari ia datang padaku:
Jika nilai ku kepada orang lain berengselkan pada apa yang aku lakukan untuk mereka,
Jadi penerimaan mereka untuk ku tidak mempunyai nilai sebenar.
Jadi aku mengajar diri ku sendiri
Aku belajar untuk mengatakan tidak kepada semua pertolongan melainkan yang boleh akukan dengan dengan hati yang ikhlas.


Mengimbau kembali apa yang telah ditulis, nampak gayanya apa yang aku impikan akan sentiasa didorong oleh Rangsangan dan Halatuju Diri. Jawapanku kepada soalan Peter Drucker – “Aku mahu dikenang sebagai seseorang yang menggalakkan kasih sayang sesama manusia, pengeratan silaturrahim dan kesejahteraan” – Oleh kerana aku akan sentiasa mencari jawapan, soalan aku yang seterusnya ialah "BAGAIMANAKAH aku dapat mencapainya? "


Mungkinkan anda mencari-cari di kalangan cabang dan ranting untuk apa yang nampak jelas pada akarumbinya - Rumi

3 comments:

  1. interesting!
    can't wait to read more

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you...unfortunately you have to wait till next week for it.

      Today and tomorrow I'll be busy finalizing the menu and program for our first event...There'll be salad, pies, pasta, cupcakes and chocolate mousse...yummy...We will be focusing on the blogs content's topic as well as belief system and motivation.

      I am so excited... come..join us this sunday:

      Date: 26/1/14
      Time:2 - 5 pm
      Venue: Emerging Journey Asia Sdn Bhd, B-013-01 Southgate Commercial Centre, 2 Jalan Dua Off Jalan Chan Sow Lin, 55200, Kuala Lumpur, MY

      Delete