Flashback
I was very thankful that
I have two of my nieces as participants as I got to know them better throughout
our discussion. Yeah, we do meet
regularly during our family gathering but the sad thing about family events are
there was not that much opportunity to really to talk on this kind of topic.
There is also the unintentional generation gap challenge, where aunties and
uncles spent time more with other aunties and uncles while the nieces and
nephews have their own group. Oh the perils of huge family. Coincidently, one
of them is comparatively young and prefers to be an observer during our family
events rather than the actively participating “verbally”. On the other hand,
maybe she does NOT have that many opportunities to do so since everyone else is so “loud”.
Even if she actively participated, the above topics are not something that we
normally discuss during family gathering.
The event started with
ice-breaker activity where everyone present their “dance posed” and described
why it means to them. I wished I had captured the picture of them doing their
“special position”. In the next activity, we reviewed what happened in 2013 and
discussed what we want for 2014. The bulk of our discussion was spent on
Schwartz ten values as posted in my blog on 17/1/2014. Participants are
reminded that his list is not cast in stone. I select it to be used as an
example, since the values listed are quite exhaustive. There are many research
and theories written on values. The main point is to bring to awareness how
values affect our decision. From the discussion, it is interesting to note that
most participants said that they did not really sure what are their values and
they did not realize that their decisions are driven by their values.
This was followed by
conversation on Belief System and whether it is limiting belief or encouraging
belief.
http://khaanz.com/believing-leads-success/
Many people belief that
they can do whatever is needed to achieve what they want. Unfortunately more
people belief that they do not “deserve it” (including me as I used to belief
that I am not worthy of success since it goes against my Benevolence and
Universalism values; and I also have the limiting belief that successful people
are cocky). This belief affected my belief that I will get it since in actual
fact I “don’t” really want it. We talked about this at length and honestly, I
don’t really know how to answer the question “How do I change my belief that I
don’t deserve it?” Guess what, I got my answer today in someone FB post and
here it is.
Don’t be shy to ask for
what you want!
“When you want to ask GOD
for something, ask for the maximum!
Don’t look at your
deserve-ability but instead look at the Greatness of GOD who giveth”
- Al Habib Ali Zaenal
Abidin Abu Bakar Al-Hamid
What I got from this
quote today is that I was too focused on my own limitation and I forgot how GOD
(the giver) is the most Merciful and Benevolence. If HE decides to give me more
than I deserved, then HE will also give me the strength and ability to balance
the challenges. Thank GOD for giving me another “AHA” discovery moment.
Then we continue on with
watching Tony Robbins video clip on Success Circle where we look at our
Potential (our wants), review our action (What is needed to be done? Is what we
have done giving us the result we are looking for? Do we need to adjust our
action?), review our result (Does the result increase or limits our belief and
attitude?), revisit our potential (does it affect our wants? should we change
our wants? Is the change governs by limiting beliefs – I don’t deserved it?).
Even though there are a
lot more to learn, I think by now everyone was feeling the effect of too much
of a good thing – too much food, too much info. So we ended the session with
group poetry writing. I choose “Balance” as my theme for the year and here is the
edited version of the poetry that we wrote together:
Balance
Life is a continuous
learning
Every day, good and bad…..are
lesson to me
Up the wheel….down the
wheel
BELIEVE – you can
achieve everything
With belief comes FAITH
to DRIVE it
EVENLY….all around
For every chance...there’s
a choice to be made
And the CHOICE will set
me free
It depends on ME…
To make the choice that
brings HAPPINESS to me.
I feel the following
picture quotes nicely sums up My Tango Cafe - Self Fulfillment Series first session.
Imbasan Kembali
Hari ahad yang lepas
menyaksikan acara “Mytangocafe” untuk bulan Januari 2014. Walaupun bilangan
pesertanya agak kecil, namun aku amat berpuas hati kerana aku mencapai matlamat
yang telah aku tetapkan. Makanan yang di hidangkan menyelerakan dan perbualan
dan perbincangan berjalan lancar dan tahap perkongsian yang dicapai juga agak
dalam. Aku amat berterimakasih dengan sikap terbuka yang dtunjukkan oleh setiap
peserta.
Yang paling bermakna bagiku
ialah peluang mengenali dua anak saudaraku dengan lebih dalam melalui perbincangan
kami. Memang aku kerap berjumpa kedua-dua mereka dalam perjumpaan keluarga.
Malangnya perjumpaan keluarga selalunya ada motif atau agenda lain. Tambahan
pula topik yang dibincangkan hari ini bukannya satu topik yang akan dibincangkan
didalam majlis kekeluargaan. Lagi pun, apabila keluarga kami berjumpa, terjadi jurang
generasi yang tidak disengajakan dimana ibu dan bapa saudara lebih suka berkumpul
dan bercerita sesama mereka dan anak-anak saudara akan berkumpul sesama mereka.
Inilah masalah keluarga yang mempunyai bilangan anggota yang ramai. Tambahan
pula, anak saudara ku yang seorang ini, agak pemalu orangnya, dia lebih suka
memerhati dan mendengar dari bersuara. Atau pun mungkin saudaranya yang lain
(termasuklah aku) lebih bising orangnya sampaikan dia tidak berpeluang untuk
bersuara. Walaupun dia berpeluang untuk bersuara, tajuk sebegini tidak mendapat tempat dalam sesi kekeluargaan kami.
Acara bermula dengan
aktiviti ramah mesra untuk menggalakkan peserta berbincang dan berkongsi
pandangan. Ia disusuli oleh aktiviti mengenang
kembali perjalanan masing-masing bagi tahun 2013 dan menutup buku 2013 serta mencipta tahun
2014. Selepas itu kami berbincang mengenai nilai kehidupan. Salah satu soalan
yang diajukan ialah “Apakah sepuluh nilas asas yang diutarakan oleh Schwartz
itu mutlak?” Jawapan ku adalah “Tidak”. Aku cuma menggunakannya sebagai satu
contoh kerana dari segi kesempurnaan liputan subjeknya yang merangkumi
keseluruhan nilai asas manusia tetapi mungkin bahasa atau ayat yang digunakan tidak
sesuai bagi sesetengah orang. Dalam bidang psikologi sendiri pun ada banyak
lagi kajian dan teori mengenai nilai manusia. Apa yang ingin aku ketengahkan
ialah peluang untuk peserta meneliti apakah nilai utama mereka. Aku juga ingin
memperkukuhkan kesedaran mereka mengenai bagaimana nilai yang dipegang oleh
seseorang akan mempengaruhi keputusan yang diambil didalam perjalanan kehidupan
mereka.
Kemudian kami menyentuh
sedikit mengenai sistem kepercayaan seseorang, dimana sistem ini mempunyai dua
muka - sistem kepercayaan yang membina atau sistem kepercayaan yang menyekat perkembangan.
Faktor utama untuk
kejayaan ialah keyakinan diri: Percaya yang anda boleh melakukannya, percaya
yang anda layak menerimanya, percaya yang anda boleh mendapatkannya.
http://khaanz.com/believing-leads-success/
Ramai orang percaya yang
dia boleh melakukan apa yang diperlukan untuk berjaya. Tetapi ramai yang
ragu-ragu tentang kelayakan mereka untuk menerima kejayaan tersebut - ini
termasuk diriku sendiri (Kadang-kadang aku takut yang aku akan menjadi angkuh
setelah berjaya, kerana ia akan berlawan arus dengan nilai ihsan dan
universalism yang aku pegang.) Ini menyebabkan aku tidak begitu yakin yang aku
akan mendapat kejayaan tersebut. Ini adalah diantara perkara yang kami
bincangkan semalam. Syukur, Alhamdulillah, Allah itu memang maha mengetahui dan
maha penyayang. Semalam aku tidak mempunyai jawapan kepada masalah layak atau tidak
ini. Hari ini aku menjumpai jawapan yang aku cari:
Apa yang aku dapat dari
sini ialah, aku terlalu memfokus tentang kekuranganku sehingga aku terlupa
bahawa Allah itu Kaya dan Maha Penyayang. Sekiranya dia memberi lebih dari apa
yang aku fikirkan aku layak, dia juga akan memberikan kekuatan kepadaku untuk
mengimbangi diantara nilai Kuasa (ego) dan nilai Ihsan dan Universalismeku. Alhamdullilah,
hari ini aku menerima satu anugerah ilmu yang amat bermakna buat diriku.
Selepas itu kami menonton
video klip Tony Robbins yang menceritakan tentang kitaran kejayaan dimana kita
perlu sentiasa melihat apakan potensi kita (yang kita mahu), membuat perincian
tindakan – apakah yang perlu dilakukan, menilai keputusan yang kita dapat (sekiranya
apa yang kita buat tidak memberikan keputusan yang di kehendaki, maka kita
perlu mengubah perbuatan kita), meninjau apakah kesan keputusan itu terhadap
kepercayaan kita dan sebaliknya (mengkaji impak sistem kepercayaan dan sikap
kita – apakah ia mendekatkan kita kepada impian kita atau sebaliknya; bagaimana
keputusan yang diterima mempengaruhi kepercayaan kita).
Walaupun masih banyak
yang boleh kami sama-sama belajar dan kupas mengenai tajuk ini, aku dan peserta
lain mula menerima kesan dari makanan yang amat memuaskan. Sesi hari ini diakhiri
dengan penulisan puisi secara beramai. Aku memilih “Keseimbangan” sebagai tema
ku tahun ini dan inilah puisi untuk ku yang di lahirkan bersama-sama teman
pengembaraan ku hari ini yang telah di edit dan di terjemahkan ke Bahasa Melayu.
Keseimbangan
Hidup adalah pembelajaran
yang berterusan
Baik dan buruk yang ku lalui
setiap hari
Sekejap ke atas dan
sekejap ke bawah, bagai putaran roda
PERCAYALAH, kau mampu
mempunyai segalanya
BerTAWAKKALlah yang
Allah akan memberimu kekuatan
Cukup dan seimbang,
secara keseluruhannya
Setiap peluang ada keputusan
Dengan membuat pilihan, aku
mendapat kebebasan
Terpulang, aku mampu
Untuk memilih yang
terbaik buat diriku
Aku rasa petikan gambar
berikut merumuskan dengan baik sesi pertama Siri Mencari Kesempurnaan Hidup, My Tango Cafe bagi tahun ini.
Fahamilah. Pencapaian apa pun memerlukan Iman dan
Kepercayaan pada diri sendiri.
Visi. Usaha yang Bersngguh-sungguh. Kesungguhan
dan Dedikasi.
Ingat semuanya mungkin bagi mereka yang mempunyai Kepercayaan.

Fantastic summary of the event,thank you for posting this up! Yes,i agree, I've never really thought of my Values that I hold so dearly in life, and yet I'm driven by it every minute of my life. As you said in the session, conflicts happen everyday with everyone when my Values clashes with my Belief and/or Goals and i never understood why…i never understood why sometimes what i Believed in for a short period of time did not carry me through to the Goals i set because it's not aligned with my Values..i never understood why sometimes relationship can blossom so well at the start suddenly went down hill because of the differences in understandings, belief or whatever, to now only understand its the Values that are the MAJOR factor.
ReplyDeleteI now know that if i were to look back at my life, and evaluate to improve my life further, Values is one MAJOR aspect that I need to understand and identify. Doesn't mean i'm an expert of it yet…far from it, but at least sth definite that i am looking into, in my life. Thank you again!
Thank you and enjoy your journey of discoveries..
ReplyDelete