You and Your Relationship
I was hoping that I can get this month blog up earlier but
with so many things going on I am thankful that I manage to complete one – I
lost a bit of focus due to my children and maid falling sick and my husband being
injured. The biggest challenge is this
month topic by itself. Writing and researching about relationship indirectly
forced me to examine mine as well. Like everyone else this is not something
that we willingly do as it requires a lot of soul searching especially when
things are not one hundred percent “hunky dory”. Maybe that is why it is taking
me so long to write this blog. Like there is resistance in getting it done as I
need to process my own emotions as well.
When I talk about this month topic with other people most of
them ask about numerology more than the other part. I wonder from where does
this fascination about numerology originated? Does it mean that usage numerology
is more accepted by the community than usage of astrology (Zodiac). Does it
mean that zodiac seems more hocus pocus compare numerology? Regardless where it
is coming from, I guess for me both zodiac and numerology just give me another
point of view of how the person’s personality might be. It reminded me that everyone
of us is unique. Numerology, astrology and personality profiling may be seen as
generalizing individual into a certain category but if we put all the results
together we end up as a unique individual. Personally I used all the findings
as a tool to help me understand myself and the other person better thus
allowing me to manage my expectation of them and to learn to accept their
differences which will help me to have a better relationship with them.
Relationship is such a broad topic. I am a believer of our
external relationship is a mirror of our internal relationship ie our
relationship with our self. And being a Muslim I am governed by the fact that
the Self consist of our physical self, Aqal (mind), Qalb (emotion or heart) and
our Rooh (spirit). You cannot be comfortable within yourself if there is any
conflict among the four parts of self. Please take note that I am simplifying
the translations a bit because there are many layers or context of all the four
parts. That is another thing that I learn throughout my own journey of self-fulfillment.
I need to be careful of what I say which word I used because the context may be
different and my understanding of it may be different than what your
understanding is…ooh …ooh now we are jumping to
existential theory which is another topic on its own. Unfortunately as I
learn, this does have impact on the bigger picture. Okay, let go back to the
matter before we digress to another topic.
What is a relationship?
Merriam-Webster dictionary define relationship as the way in
which two or more people, groups countries, etc., talk to, behave toward and
deal with each other or a romantic or sexual friendship between two people or
the way in which two or more people or things are connected (http://www.merriam-webster.com/dictionary/relationship). Relationships
stemmed from human need to socialize. Socialization is the complex process of interaction
and experience through which people learn the cultural ways of the society of
which they are a part. Through socialization, they develop a sense of who they
are: self-awareness, identity and personality. Socialization is the process
that creates the fundamental link between individual and society: to be human
is to be socialized. Based on my research and understanding, there are many
types of relationships including:
- Relationship with Allah or God or higher being (depending o your belief)
- Relationship with SELF
- Romantic/sexual relationship
- Family relationship or relationship by blood connection
- Society based relationship – include friendship and organization or environment based
- Work relationship
Relationships that are worth maintaining require a lot of time
and effort. First we have to find the relationship (of course not applicable to
family relationship). Once we find it, then we have to work on building a healthy
relationship including dealing with relationship problem as well making sure
that the spark are alive.
Most of us that have been in a romantic relationship have
experience the high and lows of finding and maintaining relationship. The rush
of adrenalin at the beginning of the relationship that make the world sing with
joy and laughter, the disappointment when your expectation are not being met,
the confusion and lost when thing changes, the sadness and unsupported feeling
when your partner does not seems to understand your needs, the beauty of making
up and the agony of wondering whether it is time to quit.
I found the above quote to be very true – we are not able
to control who we fell in love with. Wouldn’t our life be easier if we fell in
love with Mr. A instead of Mr. B? I have mentioned about maintaining a loving
relationship is pure work and I can write a whole book on this topic. In fact
there are enough books published on the topics. What is really interesting is
the last statement – no one falls out of love by chance, it is by choice. What
does this means? You mean I chose to fall out of love myself? Why would I do
something that will cause me to be in pain? Looking back to my own history I realized
that this is true – I do chose to be out of love by not putting up the time and
effort needed to maintain it. I was looking for my partner to complete me
instead of accepting that I am already complete. I was not taking
responsibility for my own happiness and I blame my partner for making me unhappy.
If my relationship with my partner mirrors who I am inside
then I need to look at why am I letting my partner assume the responsibility to
make me happy? Why do I choose to be out of love? Is it because I did not love myself
enough or I don’t know how to make me happy or I am not happy with myself? Is
it because I feel that I am not good enough or that I am flawed?
It is so easy to blame others
and justify my actions and most people would agree with me. But the most important and difficult
thing to do is for me to re-look at my relationship with myself and
answer all those questions so that I will continually grow towards my own self-fulfillment…
Anda dan Hubungan Anda
Harapanku untuk
menyempurnakan blog bulan Februari ini dengan lebih awal nampaknya tinggal
impian saja. Apa pun aku harus bersyukur
yang aku masih dapat menyiapkannya. Terlalu banyak halangan dan cabaran yang
aku tempuhi bulan ini – masalah kesihatan anak-anak, pembantu rumah dan juga
suami menyebabkan aku kehilangan fokus sekejap. Yang sebenar adalah amat sukar
bagiku untuk mengkaji dan menulis tentang hubungan silaturrahim tanpa melakukan
penilaian terhadap hubungan silaturahim aku sendiri. Mana-mana keputusan yang
tidak mencapai tahap kepuasan seratus peratus menyebabkan aku sendiri terkedu
dan terpaksa mengambil masa untuk memproses emosi aku sendiri.
Apabila aku menyebut
topik sembang bulan ini boleh dikatakan semua yang mendengar bertanya mengenai numerologi
berbanding dengan sub-topik lain. Aku pun hairan melihat reaksi mereka – apakah
yang menyebabkan mereka berminat tentang numerologi ini? Apakah kerana ia sesuatu
yang baru atau kurang dikenali berbanding dengan zodiak dan personaliti? Hakikatnya
numerologi dan zodiak ini adalah salah satu dari pelbagai peralatan atau ujian
yang telah digunakan oleh manusia dari zaman keagungan Greek dahulu ataupun
lebih awal lagi. Peralatan dan ujian ini digunakan untuk mengenali seseorang
itu dengan cara yang lebih mendalam lebih kurang sama seperti ujian personaliti
yang banyak digunakan oleh syarikat dan korporat dihari ini. Kesimpulannya apabila kita gandingkan
kesemua keputusan itu kita akan mendapatkan satu keputusan yang unik. Bagiku
penggunaan kesemua keputusan samada numerologi, zodiak ataupun ujian personaliti
adalah sekadar untuk memahami diriku dan orang lain dengan lebih mendalam dimana
aku boleh belajar untuk menerima dirinya seadanya termasuk menerima sikap
mereka yang mungkin amat berbeza dari diriku dan mengimbang jangkaan aku
terhadap dirinya. Mudah-mudahan ia dapat membantuku untuk membina dan merapat
perhubungan diantara aku dan dia.
Jika anda tidak
selesa dengan diri anda sendiri anda tidak akan selesa bersama orang lain.
Hubungan adalah satu
topik yang amat luas. Aku percaya bahawa hubungan luaran kita adalah cermin
untuk hubungan dalaman kita - hubunganku dengan diriku sendiri. Sebagai seorang Muslim aku menerima hakikat
bahawa diriku ini adalah gabungan antara hubungan diantara sifat tubuh (fizikal),
akal (fikiran), kalbu (emosi atau hati) dan Roh. Anda tidak akan merasa selesa dengan diri anda
sendiri jika ada konflik diantara keempat sifat-sifat ini . Sila ambil
perhatian bahawa aku cuba memudahkan penerangan ini kerana terdapat banyak
lapisan atau konteks bagi kesemua empat bahagian. Satu perkara yang aku
pelajari sepanjang perjalananku untuk mencari kesempurnaan diri ialah aku perlu
berhati-hati dengan apa yang aku katakan kerana setiap perkataan yang digunakan
mungkin mempunyai makna yang berbeza didalam konteks yang berbeza. Tambahan
pula pemahaman aku mungkin berbeza daripada apa yang anda fahami ... aduh ...
aduh…. kita dah melompat kepada topik teori kewujudan pulak. Lagi satu topik
yang besar dan memerlukan sesi perbincangannya
sendiri . Malangnya daripada apa yang aku pelajari, ia juga mempunyai
kesan ke atas pemahaman yang lebih mendalam. Baiklah supaya tidak membuang
masa, mari kita kembali kepada topik asal kita semula.
Apakah dia hubungan?
Kamus Merriam-Webster mentakrifkan hubungan sebagai cara di mana
dua atau lebih orang, kumpulan negara-negara, dan lain-lain, bercakap dengan,
berkelakuan ke arah dan berurusan dengan satu sama lain atau persahabatan
romantis atau seksual antara dua orang atau cara di mana dua atau lebih orang
atau perkara-perkara yang berkaitan
(http://www.merriam-webster.com/dictionary/relationship). Hubungan berpunca
daripada keperluan manusia untuk bersosial dan bermasyarakat. Sosialisasi
adalah proses yang kompleks dimana seseorang belajar melalui interaksi dan pengalaman,
dan mengenali budaya masyarakat mereka sendiri. Melalui proses sosialisasi mereka membentuk
diri mereka sendiri: melalui kesedaran
diri, identiti dan personaliti. Sosialisasi adalah proses yang mewujudkan
rangkaian asas di antara individu dan masyarakat: seorang manusia perlu
bermasyarakat. Berdasarkan kajian dan pemahamanku, terdapat banyak jenis
hubungan. Ini termasuk:
- Hubungan dengan Allah atau Tuhan (bergantung kepada kepercayaan anda)
- Hubungan dengan DIRI SENDIRI
- Hubungan romantic/seksual
- Hubungan kekeluargaan atau hubungan persaudaraan melalui pertalian darah
- Hubungan berasaskan masyarakat - termasuk persahabatan dan hubungan berasaskan organisasi atau persekitaran
- Hubungan kerja
Banyak masa dan usaha diperlukan untuk mengekalkan hubungan yang bermakna. Langkah pertama kita perlu mencari hubungan itu (jika bukan hubungan keluarga). Setelah dapat membina hubungan itu, kita perlu bekerja keras untuk membina hubungan yang sihat dimana kita perlu menangani masalah yang timbul serta memastikan bahawa hubungan itu terus berkembang mekar.
Kebanyakan kita yang telah melalui hubungan romantis tahu betapa manis dan pahitnya pengalaman mencari dan mengekalkan
hubungan. Kemanisan ketika awal hubungan yang menjadikan dunia menyanyi dengan kegembiraan dan gelak ketawa, kepahitan dan kekecewaan apabila harapan
anda tidak dipenuhi, kekeliruan dan kehilangan
apabila perubahan berlaku, kesedihan dan kesunyian yang datang apabila anda merasa yang anda tidak disokong oleh pasangan anda atau pasangan anda seolah-olah tidak memahami keperluan anda, keindahan ketika berbaik semula serta
kesengsaraan dan persoalan samada sudah sampai masa untuk berpisah.
Tiada siapa boleh memilih
untuk jatuh cinta, ia ditakdirkan. Tiada cinta yang kekal hanya dengan takdir,
ia memerlukan usaha. Dan cinta tidak tidak akan hilang secara kebetulan, ia adalah
pilihan.
Aku amat bersetuju dengan petikan di atas - aku tidak dapat mengawal dengan siapa aku jatuh cinta. Buka kah hidupku akan menjadi lebih mudah jika aku boleh jatuh cinta dengan Encik A dan bukan Encik B? Aku ada menyebut yang diawal blog ini bahawa kita
perlu meluangkan masa dan penat lelah untuk mengekalkan hubungan yang penuh kasih sayang dan aku boleh menulis sebuah ensaiklopedia mengenai topik ini.Malahan diluar sana pun anda boleh temui banyak buku
mengenai topik ini. Yang benar-benar
menarik perhatianku adalah kenyataan terakhir – Dan cnta tidak akan hilang secara kebetulan, adalah
dengan pilihan. Apakah maksud ayat ini?
Aku sendiri yang memilih untuk keluar daripada cinta itu?
Buat apa aku memilih sesuatu yang menyebabkan aku berada dalam kesakitan? Apabila aku mengimbas kembali sejarah cintaku sendiri aku sedar bahawa kenyataan ini adalah benar – Aku yang memilih untuk keluar dari
cinta dengan tidak meletakkan masa dan usaha yang diperlukan untuk mengekalkannya. Aku mencari pasangan untuk melengkapkan aku kerana aku dan tidak dapat menerima bahawa aku sudahpun sempurna. Aku tidak mengambil tanggungjawab untuk kebahagiaanku sendiri dan aku
menyalahkan pasanganku kerana dia membuat aku merana.
Antara cabaran terbesar dalam hubungan datang daripada tujuan mereka memasuki perhubungan itu - untuk mendapatkan sesuatu: yakni mereka cuba untuk mencari seseorang yang akan membuat mereka merasa bahagia. Pada hakikatnya, satu-satunya cara untuk mengekalkan perhubungan anda adalah dengan anda melihat perhubungan itu sebagai tempat untuk anda memberi, bukan tempat untuk pergi untuk menerima.
Tujuan anda membuat hubungan bukan untuk mencari pasangan yang mungkin boleh melengkapkan anda, tetapi untuk mempunyai pasangan untuk berkongsi kesempurnaan anda
Aku juga bersetuju dengan kedua-dua petikan diatas. Aku bertanggung jawab untuk mencari kesempurnaan ku sendiri. Kehadirannya didalam hidupku memberi peluang untuk aku berbakti kepadanya dan didalam proses berbakti kepadanya, aku juga akan mencapai niatku untuk menjadi sempurna.
Jika hubungan aku dan pasanganku merupakan cermin kepada hubungan aku dengan diriku sendiri , aku perlu melihat mengapakah aku tidak bertanggungjawab keatas kegembiraanku? Mengapa aku memilih untuk keluar dari hubungan cinta itu? Adakah kerana aku tidak menyukai diriku sendiri atau aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk membuat aku gembira? Adakah sebenarnya aku memang tidak gembira dan berpuashati dengan diriku sendiri kerana aku rasa aku tidak cukup sempurna, kerana aku mempunyai kekurangan dan kecacatan?
Amat mudah untuk menyalahkan orang lain dan mewajarkan tindakanku. Yang seronoknya ramai orang yang akan bersetuju denganku. Tetapi
perkara yang paling penting dan sukar untuk dilakukan adalah bagi aku untuk melihat semula pada hubungan aku dengan diriku sendiri dan menjawab kesemua persoalan tadi supaya aku terus melangkah dan berhijrah mencari kesempurnaan
diriku
...





